Jelly Pages
Blogger Backgrounds
skip to main | skip to sidebar

andai itu takdirnya...segala-galanya milik allah..

My Blog List

Pages

  • Home

Popular Posts

  • MENGENALI UNSUR / WARNA / PERWATAKAN DIRI
    Setiap orang perlu tahu apakah warna diri / unsur peribadi / personaliti mereka kerana ia dapat membantu mereka menjalani kehidupan dengan ...
  • redha ketentuan ALLAH
    Tambah kapsyen
  • Jangan Pernah Berhenti Berharap
    Jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan Illahi… :) ‎Jangan hanya sujud ke “Sejadah” saat susah. Jangan hanya mengenal “Tele...
  • esok yang belum pasti....
    assalamualailum... alhamdulilallah,ari nie ade mood nk buat coretan.he3 ya allah berdebar2 hati nie tuk menempuh hari esok... bakal pendi...
  • Demi Permata Ayahanda & bonda...Sebelum ianya terlambat.....
    Salam HEBAT Teman-teman....Terima kasih saya ucapkan kepada RESPOND yg SGT-SGT-SGT HEBAT terhadap SAYA & SCORE A PROGRAME ( Cara pembel...
  • Demi Cinta Untuk Allah
    Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintah-N...
  • andai ku pergi
    Cerita hidup kian berlalu Membawaku ke penghujung Kaku langkah kian lemah Kelu lidah untuk bicara Langit jingga warna senja Desir bayu...
  • tahniah...moga jodoh kalian sampaike syurga
  • Jatuh Cinta Kerana Allah Atau Nafsu
    Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta ban...
  • moga kami menjadi keluarga mawaddah

Followers

Search This Blog

get this

Subscribe To

Posts
Atom
Posts
All Comments
Atom
All Comments

Sample Gadget

Sample Gadget 2

Thursday, 18 August 2011

jangan sesekali kamu?????


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang SOLEH itu MUDAH dan SENANG untuk menerima CAHAYA dari Ilahi, kerana mereka sentiasa TAKUT akan azab Allah dan CINTA kepada Allah..
Namun..
Hati Orang yang BERDOSA itu SUSAH dan PAYAH untuk menerima CAHAYA dari Ilahi, kerana mereka sentiasa GEMBIRA dengan nikmat dunia dan LUPA pada-NYA..

hasil nukilan....
Mohd Rusdi Ramlee merupakan graduan UiTM Alor Gajah, Melaka. Kini bertugas di Kastam Diraja Malaysia. Beliau menulis di http://adminskss.blogspot.com/.










Dicatat oleh andai itu takdirnya di 19:25 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 17 August 2011

sebagai renungan kita bersama.....

"Allahumma baariklanaa di Rajab wa Sya'ban Wa Ballighna Ramadhan",Semoga Allah memberkahi kehidupan kita dibulan-bulan ini untuk berjumpa Ramadhan,Dengan segenap kesiapan ruhiyah, fikriyah,jasadiyah,maliyah dan satukan barisan raih takwa & sambut kemenangan dakwah, Intanshurullah yanshurkum wayutsabbit aqdamakum.

`*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Utsman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhumáƒĤAmiin ya Rabbal'alamin.

“Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya).” (an-Naazi’aat: 37-39)

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang..ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Disaat kamu mulai tidak mencintainya…ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
Disaat kamu mulai bosan dengannya…ingatlah selalu saat terindah bersamanya
Disaat kamu ingin menduakannya…bayangkan jika dia selalu setia
Saat kamu ingin membohonginya…ingatlah disaat dia jujur padamu
Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari
Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian
Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Karena walaupun tergenggam boleh terlepas juga.

Ingatlah pada pepatah,
“Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini”

Belajar menerima apa adanya dan berfikir positif….
Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu hebat manapun,
Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun…
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak boleh dibawa pergi
Sehelai benang pun tak boleh dimiliki
Apalagi yang mahu direbutkan
Apalagi yang mahu dibanggakan
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu mementingkan diri
Jangan hanya mahu menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah...Hidup ceria, bebas leluasa…
Tak ada yang tak boleh di ikhlaskan….
Tak ada sakit hati yang tak boleh dimaafkan .
Tak ada dendam yang tak boleh terhapus…


♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Dicatat oleh andai itu takdirnya di 15:26 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 15 August 2011

Demi Permata Ayahanda & bonda...Sebelum ianya terlambat.....


Salam HEBAT Teman-teman....Terima kasih saya ucapkan kepada RESPOND yg SGT-SGT-SGT HEBAT terhadap SAYA & SCORE A PROGRAME ( Cara pembelajaran alternatif bg memastikan anak/pelajar menjadi cemerlang di dalam pelajaran (di samping enjoy belajar), oh ya..sebelum saya teruskan..pada yang hanya mempunyai anak tekak dan anak mata shj or pada yg anak2 sudahpun besar or terlalu kecil ...sampaikanlah berita gembira ini pada minimum 10 orang disekeliling anda yg anda tahu mrk memerlukannya ..krn sempena Ramadhan yg serba mulia ini...saya doakan kalian diperolehi limpahan pahala yg berlipat ganda krn melebarkan sayap pendidikan...insyallah

Pada detik saya taip nukilan ini..UPSR hanya tinggal 42 hari shj lg, PMR pula 63 hari manakal SPM tinggal 104 harii ajer...Bagaimana persiapan bagi menempuh exam sebenar anak2 kita? Dah dapat bayang berapa A bakal anak kita bawa pulang?

Kali ini saya hanya fokuskan anak-anak yang nak hadapai UPSR, PMR & SPM  ajer yer...

Score A Programme™ diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar sendiri seperti:-

 Sikap Para Pelajar:-
  • Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
  • Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;  
  • Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan; 
  • Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah
  • Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja. 
  • Badan terlalu penat untuk ulangkaji 
  • Mata cepat penat semasa di sekolah atau tika mengulangkaji pelajaran... 
  • Bila mak ayah tanya ada masalah tak, tak tahu nak jawab apa sebab tak tahu sebab-musabab kenapa masih tak dapat pencapaian yang di target. 
  • Masa disuruh belajar...fikiran tengah penat..tak dapat nak masuk apa yang dibelajar..tapi sebab nak jaga hati maka ayah punya pasal..study jerlah!
Masalah Ibu bapa:-
  • Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
  • Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
  • Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
  • Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
  • Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
  • Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
    Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan; juga
  • Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak.
 Don't worry wahai adik-adik yang masih belajar...juga jangan bingung wahai ibubapa/penjaga prihatin & tak lupa pada insan-insan yang mencari-cari pendapatan tambahan....saya ada PENYELESAIAN/SOLUTION buat anda semua!!!!! yabedabeduuuuuu!!!!
Jom teruskan untuk dapatkan maklumat penyelesaian mana yang anda cari-cari.....

APakah ciri2 unik yg dapat membantu anak2 anda cemerlang dalam exam 2011 nnt?

eTRIAL EXAM:
•Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan keyakinan sebelum peperiksaan sebenar.
•Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan peperiksaan
•Soalan2 diperolehi dari sekolah-sekolah yang outstanding di Malaysia...so ibubapa tak perlu nak pinjam trial exam anak sedara ler..anak jiran ker or anak rakan sepejabat ker utk anak kita buat latihan....Satu penyelesaian bijak untuk ibubapa yg sibuk dan sayangkan anak2....
•Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.


eNATIONAL TRIAL EXAM
* Peperiksaan Percubaan secara ONLINE yang diadakan SERENTAK seluruh negara.

* Dicipta seolah-olah peperiksaan sebenar untuk membantu pelajar bersedia dan meningkatkan
keyakinan sebelum peperiksaan sebenar.

* Melatih pelajar agar pandai mengurus masa dan terdedah dengan pelbagai bentuk soalan
peperiksaan

* Keputusan adalah serta merta dan dihantar ke e-Report Card dan di sms kepada ibubapa.

* Anak kita di uji serentak bersama-sama lebih drp 300,000 pelajar seluruh Malaysia yg sudahpun enrol Score A Programme

* Pada ketika ini, ibubapa dapat memantau dan menilai bagaimana performance anak anda dalam membilang hari ke arah tarikh sebenar UPSR & PMR. ( Dlm kata ringkas...brp jumlah bayangan "A" bakal anak anda bawa pulang nnt )

ePAST EXAM: 
  • Soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas disediakan khas untuk membantu pelajar mengenal corak dan bentuk soalan sebenar supaya pelajar mencapai kecemerlangan ‘A’; juga 
  • membolehkan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR/PMR/SPM berlatih menjawab kertas soalan peperiksaan sebenar tanpa had
  • Satu-satunya e-learning yang diberikan hak untuk menerbitkan kembali kertas-kertas peperiksaan sebenar UPSR dan PMR daripada tahun 1993 sehingga terkini manakala dari tahun 2007 sehingga terkini bagi SPM daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Apa Lagi Keistimewaan eTRIAL EXAM dan ePAST YEAR EXAM PAPER?
•Modul soalan berkonsepkan peperiksaan.
•Pelajar akan sentiasa bersedia (exam ready) untuk menghadapi suasana peperiksaan yang sebenar.
* “Coundown Timer” berdasarkan jangkamasa peperiksaan sebenar. (buku tak boleh buat ni…)
Melatih pelajar akan sentiasa bersedia (exam ready) untuk menghadapi suasana peperiksaan yang sebenar.

Dari sini kalau dapati anak kita lemah sesuatu latihan topikal/topik....haaa boleh tumpu ke eTOPIK.

eTOPIC:
•Soalan berdasarkan setiap topik /bab di dalam setiap subjek yang dipelajari.
•Markah lulus 80% iaitu A
•Membantu pelajar memilih topik-topik tertentu yang telah dipelajari di sekolah untuk  
 mengukuhkan pemahaman mereka
•Penandaan adalah serta-merta
•Keputusan adalah serta-merta dan di hantar ke e-Report Card dan sms ke telefon bimbit ibubapa.
•Ini seterusnya dapat memberi peluang kepada ibu bapa untuk melihat kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik dan seterusnya memberikan bantuan yang sewajarnya

cthnya:
-Anak ke sekolah belajar input learning...cikgu ajar...kira macam ni...baca macam ni...eja mcm ni...
-Anak rasa dia faham akan apa yg diajar oleh guru disekolah...
- Balik rumah...lepas makan ...buat Score A bhgn eTOPIC pada topik yg dipelajari hari ini...cuba jwb soalan yg diberikan...
-Kalau anak faham dan SCORE...MAKNANYA anak kita faham akan bab yg diajar oleh cikgu di sekolah....
-Kalau anak tak faham topik yang sebelumnya, masakan bisa anak kita boleh faham topik yang seterusnya...logik kan!
-Ibubapa pun boleh rasa lega krn kini ANDA tahu KELEMAHAN PERMATA HATI ANDA!!!!!

Kalau anak tak faham soalan-soalan dalam eTOPIK dan perlukan nota utk ulangkaji semula...dalam eTOPIK dah disediakan eNOTES

eNOTES:

•Nota ringkas dan padat
•Bagi membantu pelajar untuk mengulangkaji dan membuat RUJUKAN
•Berkonsepkan PETA MINDA.
•Ianya juga boleh dicetak.
•Memandangkan ia boleh diakses secara online, ia boleh membantu pelajar untuk mengulangkaji pelajaran walaupun tanpa buku teks ataupun buku rujukan.

Bila anak dah ok dalam eTOPIK...cubat. try , test eASSESSMENT plak... sbb ada setengah2 anak2 ..bila soalan berdasarklan topik..mrk faham tetapi bila soalan dah dirojakkan dgn bbrp topik yang lain...anak jadi keliru...

eASSESSMENT:
•Soalan berdasarkan SUBJEK
•Direka bercorakkan "GAME"~ bagus utk anak-anak yang suka main game..errrmmmm 
•Markah lulus ialah 80%...Secara psikologinya Score A Programme dah pun menerapkan di dalam diri anak-anak supaya target paling hampeh pun 80%...iaitu A.
•Mempunyai 3 tahap soalan (Set Soalan MUDAH, SEDERHANA dan SUKAR)
•Pelajar yang melepasi Tahap 3 (Set Soalan Sukar) dan mencapai Markah Minimum 80% ke atas berpeluang memduduki Carta 100 Pelajar Terbaik Seluruh Malaysia (Nationwide Honors Roll)~Bayangkan, ianya dapat membantu para pelajar & ibubapa menilai prestasi pembelajaran maklumlah..selama ini hanya tahu kedudukan dalam kelas atau dalam sekolah ajer...ni ranking 100 pelajar terbaik SAP (Score A Programme) seluruh Malaysia

Apa Lagi Keistimewaan eTOPIC dan eASSESSMENT?

•Modul soalan Berkonsepkan Latih Tubi dan pengukuhan.
•Pemeriksaan serta merta disediakan. Membantu menjimatkan masa ibubapa dan pelajar kerana tidak perlu menghabiskan masa untuk menanda setiap soalan yang dijawab oleh pelajar.~Ermmm tak payah ibubapa/pelajar nak kumpul-kumpul soalan yang dah dibuat dan check jawapan sendiri, kalau check pun belum tentu betul pun jawapan yang disedikan!
•Kata-kata motivasi pun ada setiap kali pelajar dapat menjawab soalan dengan betul.Ini akan menjadikan pelajar lebih bersemangat untuk menjawab dengan betul.. ~Haaaa ni best sebab anak-anak ni perlukan peneman sebagai pemberi semangat...larat ker 30 soalan anak buat...30 kali nak tepuk bahu anak dan kata "good", "excellent" , "well done"?
•Membantu pelajar menjawab soalan dalam keadaan yang menyeronokkan.
•Tanpa disedari, pelajar semakin banyak membuat latihan.~Kalau cara tradisional kang, baru buat 2 mukasurat dah ngantuk, dah bosan...kalau dgn Score A Programme...hanya ada screen monitor ajer...

Selain itu Score  AProgramme ada sediakan:
eDictionary/eKamus:
  • Eksklusif kepada pelajar program score A sebagai penterjemah kepada perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh pelajar. 
  • Hanya perlu double clik perkataan yang tidak difahami.
  • Menjimatkan masa pelajar berbanding jika merujuk kepada kamus.
  • Terjemahan boleh dilakukan dalam 3 bahasa iaitu:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Bahasa Mandarin
 Apa itu Carian PRPM-DBP Malaysia

  • Kerjasama hebat bersama DBP-Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  • Carian mudah. Hanya taip dan klik ;masalah anda mengenai Bahasa Melayu akan terjawab. Cubalah ...
  • Terdapat beberapa kategori yang boleh diaplikasikan oleh anak-anak dan tak ketinggalan untuk kegunaan ibubapa/penjaga juga:
    • Kamus dan Istilah-Maklumat mengenai data kamus, istilah dan bahasa sukuan seperti kata, makna, peribahasa, contoh penggunaan, sinonim, antonim, istilah sumber, istilah sasar dan lain-lain.
    • Ensiklopedia-Maklumat mengenai Ensiklopedia DBP.
    • Peribahasa-Maklumat mengenai bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu.
    • Panduan-Maklumat mengenai penggunaan bahasa Melayu dengan betul, kesalahan bahasa, penamaan khas, penukisan surat rasmi,lembar bahasa, dasar bahasa dan lain-lain.
    • Puisi-Maklumat mengenai puisi-puisi Melayu, gurindam, pantun, syair, nazam,seloka, teki-teki, mantera, teromba dan lain-lain.
Anak dok asyik belajar ajer....macammaner pula mekanisme Score A Programme untuk proses pemantauan?

Penyelesaian/Bantuan untuk Pemantauan Efektif:

ePROGRESS:
•Merupakan kaedah pemantauan yang sangat efektif dalam membantu ibu bapa melihat perkembangan pelajar melalui latihan eTopic.

• eProgress menunjukkan bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh pelajar bagi setiap topik dan juga purata markah yang diperolehi. Ini dapat menunjukkan topik-topik yang didapati sukar dan seterusnya maklumat ini dapat membantu ibu bapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukannya mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.


e REPORT CARD:
•Sistem Pemantauanoleh ibubapa (24 Jam/7Hari) pada BILA-BILA MASA dan DI MANA SAHAJA.
•Segala rekod latihan yang dibuat oleh pelajar disimpan di dalam Pengkalan Data dan boleh dipantau secara terperinci kekuatan dan kelemahan pelajar melalui ONLINE.
•Memudahkan ibubapa memeriksa prestasi akademik anak
•Membantu ibubapa memantau kekuatan dan kelemahan anak
•Mendapat tahu perkembangan anak pada bila-bila masa
•Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta.
•Tidak lagi sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat.
•eREPORT Card juga boleh dicetak  
  
Report Card Secara SMS:
•Keputusan dari semua modul soalan yang telah dibuat oleh pelajar akan terus dihantar ke telefon bimbit ibu bapa serta- merta melalui SMS.

NATIONWIDE SCORE A TOP 100 STUDENTS:
  • Direka untuk memberitahu ibubapa tahap anak-anak mereka berbanding dengan anak-anak murid setaraf di seluruh negara.
  • Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.

Selain dr latih tubi soalan ajer...turut disediakan applikasi SCORE A I-TEACHER..bg proses pemahaman anak2 ...

Apa Itu ANIMASI (Animation)?
  •   Merupakan paparan animasi yang interaktif dan imej yang lebih jelas bagi memudahkan pelajar faham setiap topic yang dibaca.
  • Juga disediakan pautan (link) yang disambung kepada internet agar pelajar mendapat maklumat yang lebih mendalam.
Apa itu AVATAR BIJAK (Intelligent Avatar)?
  •  Avatar Bijak adalah guru maya yang menjawab soalan-soalan asas yang biasa ditanya oleh pelajar.
  • Guru maya ini mempunyai suara dan imej yang mana seolah-olah pelajar berinteraksi sendiri dengan guru mereka semasa mengulangkaji pelajaran
Apa itu PENILAIAN SENDIRI?

  • Penilaian diri dgn maklumbalas automatik disediakan.
  • Terdiri drp contoh soalan dan disertakan maklum balas yg sesuai berkaitan penyelesaian atau jalan kerja yg betul bagi mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan.
Apa itu ON DEMAND POWERPOINT PRESENTATION?
  • Pelajar disediakan denagn slide presentation powerpoint yang lengkap dengan audio untuk pemahaman yang lebih jelas.
  • Dengan adanya slide presentation ini, mudah bagi pelajar untuk mengulangkaji pelajaran secara imbas lalu.
Itu ajer ker....opppssss...ader lg...ader lagi....

SCORE A -MATHVICTORY:  PEMBELAJARAN MATEMATIK YANG MENYERONOKKAN:
  •  Program belajar secara tutor online YANG MENYERONOKKAN daripada Pakar Matematik, Cikgu Mac
  • Dirangka dengan teknik dan formula terkini untuk memudahkan kefahaman pelajar dari darjah 1 hingga tingkatan 5 yang berteraskan silibus terkini daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Tambah nilai dalam  persiapan peperiksaan UPSR,  PMR dan  SPM
  • Berlandaskan teknologi ‘Web Based Online Video’ dengan konsep Melihat, Mendengar dan Merasa
  • Memupuk Pelajar Generasi Digital lebih meminati subjek Matematik dengan lebih seronok dan mudah untuk dipelajari.
  • Dengan bantuan tool terkini daripada Score A ini ia akan menjadi pemangkin dalam membentuk pelajar cemerlang dalam menghadapi peperiksaan akan datang...yabedabeduuuuu
Kalau anda sebagai ibubapa sangat-sangat prihatain pada anak-anak anda..yelah sementelah anak dalam emosi tekanan yang SGT-SGT tingii ni...saya sarankan anda dapatkan optiberry dari saya...

Score A Programme™ – 24 jam sehari, 365 hari setahun, bila-bila masa, di mana-mana jua !

Hanya dengan satu jam sehari, anda boleh mengubah prestasi anak anda menjadi jauh lebih cemerlang, gemilang dan berkeyakinan tinggi !

Apa pulak OPTIBERRY ni?
  •  Supplemen yang dicari-cari oleh para pelajar dan ibubapa/penjaga.
  • Berperisa anggur , manis ..gerenti anak-anak akn sukainya...
  • Mengapa perlu anak saya ambil optiberry? 
    • Jwpn: Antara KEHEBATAN optiberry adalah untuk kecergasan mata dan fungsi otak yang lebih dinamik.
    • Contoh: anak pergi sekolah untuk belajar, balik sekolah..ke sekolah agama juga untuk belajar, balik dari sekolah agama..buat kerja sekolah dan ulangkaji...aduuhhhh penat sungguh..tak masuk lagi jika perlu kelas tambahan ..disarankan ambil optiberry untuk anak kita bagi mengembalikan kecergasan dan kecerdasan otak anak-anak kita.
  • Optiberry untuk kanak-kanak sahaja ker? 
    • Tidak ia boleh dimanfaatkan oleh golongan dewasa juga. Dapatkan info seterusnya di PAGE Optiberry yg masih dlm pembikinan lagi..akan diupdate kpd anda semua kelak)
* Bagi pendapat peribadi saya...biarlah anak kita kurang berjaya berkali-kali dalam Score A Programme TETAPI ..CUKUP BERSEDIA dalam EXAM UPSR & PMR YG SEBENAR........

Berilah peluang untuk Anak Anda study smart sambil anak ENJOY BELAJAR (walaupun dah hujung-hujung ni) dgn PROGRAM SCORE A......

Aiseyyyy...blom sempat enrol Score A Programme? ....berminat tetapi brp kosnyer?

PAKEJ BUKAN AHLI SAP RM398
  • Pendaftaran untuk 1 orang anak i.e 1 Activation Code (RM50).
  • Penggunaan (akses) selama 6 bulan i.e. 1 Top-up Code (RM348).
  • Tambahan RM50 bagi pendaftaran setiap tambahan anak ke 2 dan seterusnya, sekali sahaja seumur hidup.
  • Top-up RM348 bagi penggunaan semula selama 6 bulan seterusnya bagi kesemua anak.

PAKEJ BUKAN AHLI SAP RM796
  • Pendaftaran untuk 1-2 orang anak i.e. 2 Activation Code (RM50 x 2 orang anak).
  • Penggunaan (akses) selama 12 bulan i.e. 2 Top-up Code (RM348 x 2 orang anak).
  • Tambahan RM50 bagi pendaftaran setiap tambahan anak ke 3 dan seterusnya, sekali sahaja seumur hidup.
  • Top-up 348 bagi penggunaan semula selama 6 bulan seterusnya bagi kesemua anak.
Nota: Pengiraan Kos Pembelajaran Score A Programme™Kos 1 anak sebulan, untuk semua subjek, 24x7:

  • Ada 1 anak = RM398/6 bulan/1 orang = RM66.33 sebulan; utk SEMUA SUBJEK, 24X7
  • Ada 2 anak = RM796/12 bulan/2 orang=RM33.16 sebulan; utk SEMUA SUBJEK, 24X7
  •  Ada 3 anak = RM796+ 50 / 12 bulan / 3 orang = RM23.50 sebulan; utk SEMUA SUBJEK, 24X7
  • Ada 4 anak = RM796 + 100 / 12 bulan / 4 orang = RM18.66 sebulan; utk SEMUA SUBJEK, 24X7
  • Ada 5 anak = RM796 + 150 / 12 bulan / 5 orang = RM15.76 sebulan; utk SEMUA SUBJEK, 24X7
Cukup murah !
~Sehari hanya RM2.20 (seorang anak) dan hanya RM0.50 (5 orang anak); utk semua subjek, 24x7
Ianya Lebih murah daripada harga melanggan Astro !!!
Lebih murah daripada kos pembelajaran tuisyen i.e. RM30 sebulan untuk 1 orang anak, untuk 1 subjek, 6 jam seminggu.

~Dengan RM2.20 sehari (jika anak seorang), 50 sen sehari (jika anak 5 orang), lebih murah dari bayaran parking kereta anda sehari atau duit rokok anda yang tidak mendatangkan keuntungan langsung, anda sudah dapat memiliki produk e-Learning yang mempunyai rekod 93% score straight A semasa pilot projek dan mendapat pengiktirafan kerajaan! ~Gunakanlah Score A Programme untuk pembelajaran anak-anak anda.

PAKEJ BUKAN AHLI OPTIBERRY 1botol/90biji/ RM168

Bagaimana prosesnyer nak enrol Score A atau Optiberry ni....

* pilih shj pakej idaman hati yg lebih jimat & boleh sahabat dapati di http://karyapintar.blogspot.com/

* Buat bayaran mengikut harga pakej yang anda pilih ke:

No. Akaun Maybank : 164520014416
Nama Pemegang Akaun: Indrawati Binti Karim

* SMS bukti pembayaran (Tarikh, Masa, Amaun) kepada saya Pn. Wati di 013-3477184

* Emailkan saya butiran diri yg diperlukan sepertio di bawah ke karyapintar@gmail.com@ iksi ajer kat blog...

Butiran Ibu bapa (Score A) Parent s detail:
1 Nama
2 No.KP
3 Nama Pasangan
4 Status Perkahwinan
5 Tarikh Lahir
6 Alamat Penuh
7 Tel.HP
8 Email
9 ID Ibu Bapa

Butiran ANAK
1 Nama
2 School Level
3 Umur
4 Nama Sekolah
5 ID Anak

Butiran ANAK 2
1 Nama
2 School Level
3 Umur
4 Nama Sekolah
5 ID Anak

* Proses pengaktifan portal hanya mengambil masa 10-15 min shj....MUDAHKAN.....

Allllaaaa...Tak faham lah...No problem...

Then contact saya/WATI di 013-3477184

ala..dah pernah guna dah tapi tak ok pun.....haaaaaa tulah pasal perlu mendaftar dgn agen SAP seperti saya...krn saya pastikan ianya telus...dan service after sale berterusan...jgn hanya bayar dan lepaskan..tak tau apa2 pasal produk...

bole dapatkan testimoni pengguna saya juga di blog http://karyapintar.blogspot.com

Setelah anda melanggan SAP melalui saya, maka bolehlah anak anda belajar dengan lebih efisien…
Anda tidak perlu risau dengan prestasi akademik anak-anda anda lagi...
Saya yakin anda pasti bergembira melihat anak-anak enjoy belajar!


 
Share




Dicatat oleh andai itu takdirnya di 17:22 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

fikir2 kan lah...

A : maaf , tumpang tanya . lorong CINTA jalan SAYANG kampung RINDU daerah KASIH SAYANG pekan HATI bandar I MISS U kat mana ye ?

B : encik jalan terus ikut jalan ILAHI , nampak simpang tiga masuk belah kanan , ikut jalan NIKAH , sepanjang jalan tu , akan nampak belah kanan , kedai BATAS² PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit , iaitu pasar PERSIAPKAN DIRI . haa tu tandanya encik berada di jalan betul . semoga selamat sampai ^__^
Dicatat oleh andai itu takdirnya di 16:53 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SAHABAT....


Sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu

Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu

Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Sahabat
Aku lemah mangharungi ranjau dunia

Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini

Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia
Dicatat oleh andai itu takdirnya di 16:09 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 14 August 2011

MENGENALI UNSUR / WARNA / PERWATAKAN DIRI


Setiap orang perlu tahu apakah warna diri / unsur peribadi / personaliti mereka kerana ia dapat membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan tenang menerusi tenaga yang diperoleh daripada warna diri masing-masing.
Mengenali warna diri, sebenarnya anda juga mula mengenali personaliti diri anda yang sebenar. Adakah anda dinaungi oleh perisai atau benteng berwarna Putih, Merah Jambu, Hijau atau Biru?
Ragam, tingkahlaku, perangai, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak-tanduk anda berkait rapat dengan inspirasi warna. Umpamanya ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang warna kelemahan yang sedang dilaluinya.
Pemakaian warna-warna kelemahan ini akan menambah pendamkan getaran warna yang tidak elok kepada dalaman samada berlebihan atau berkurangan yang menjadikan simptom atau gangguan itu menjadi lebih tinggi atau rendah mengikut kadar kelemahan diri. Sebagai contoh jika anda berwarna hijau dan memakai pakaian berwarna kuning pada hari Khamis, maka sesuatu yang anda lakukan pada hari berkenaan, banyak yang tidak menjadi atau terhalang tetapi jika anda memakai pakaian berwarna hijau pada hari jumaat, keadaan menjadi sebaliknya.
Terdapat 4 aras diri hakiki pada manusia yang dipanggil Spiritual, Mental, Emosional dan Fizikal. Setiap orang hanya memiliki satu aras diri yang hakiki dari lahir hingga mati. Aras diri hakiki secara umumnya menggambarkan keadaan kekuatan dan kelemahan diri pemiliknya.
Dengan mengetahui rahsia aras diri kita boleh mengenal pasti kekuatan, kelebihan diri serta kelemahan yang di alami atau yang akan dilalui pada masa hadapan. Selain dari itu ia dapat membantu untuk mengekploitasi kelebihan pada diri kita dan mengelakkan penyakit yang mungkin kita alami. 
Apakah warna peribadi anda ? Putih, Merah Jambu, Hijau atau Biru?
Apakah warna kekuatan/kelemahan anda?
SPRITUAL - PUTIH
Spiritual (Warna Diri - Putih)
Anda merupakan seorang yang amat peka dengan suasana dan bijak membaca situasi sehingga anda mampu menjadi seorang perancang dalam pelbagai bidang.  Mempunyai keyakinan yang tinggi dan berpotensi menaikkan semangat orang lain.  Layak menjadi ketua kerana mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin.  Cekal serta tabah dalam mengharungi perjuangan hidup.  Amat berminat dalam seni muzik.  Anda sentiasa ingin mendahului orang lain.  Boleh memegang amanah.
Gaya Berfikir
Individu bertahap spiritual bersifat mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti, pemberi galakan, berkebolehan dalam memahami dan berkongsi perasaan dengan orang lain (empati), interpersonal, idealistik dan beremosi.  Ia mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi dan cenderung ke arah kesenian dan kerohanian.  Ia sangat bagus dalam membangunkan sesuatu yang ideal dan merealisasikan imej-imej yang bersepadu.  Mereka juga cenderung ke arah memotivasi rakan-rakan.  Mereka suka melawan pandangan-pandangan yang konvensional dan tradisional dan lebih berminat berfikir secara spekulatif.
Elemen - Angin
Unsur - Nitrogen
Sifat - Hening
Golongan - Syariat
EMOSI - MERAH JAMBU
Emosi (Warna Diri - Merah Jambu)
Anda merupakan seorang yang periang dan mempunyai pemikiran yang terbuka.  Anda memahami perasaan orang lain dan begitu rasional dalam membuat sebarang keputusan yang lebih menguntungkan dan bertahan dalam jangka masa panjang.  Anda juga seorang yang matang dalam kehidupan dan mempunyai sifat pemurah.  Anda tersendiri dan meminati bidang kreatif.  Anda mempunyai kuasa membuat berbagai jenis perubahan demi perubahan yang drastik dan berterusan.
Gaya Berfikir
Individu-individu bertahap emosional bersifat imaginatif, inovatif, intuitif, artistik dan berfikir berasaskan visual.  Mereka sangat bagus dalam kebolehan-kebolehan sintesis dan konseptual.  Mereka juga mempunyai pandangan yang bersepadu dan lebih komprehensif di dalam apa-apa keadaan / situasi dan masalah.  Mereka berkebolehan dalam membuat pertimbangan, mempunyai pandangan luas dan berfikir secara strategik.  Mereka bagus dalam mengumpul, menggabung, membanding dan menyusun semula idea-idea yang membolehkan mereka melahirkan konsep-konsep yang unik dan dinamik.  Mereka lebih suka bekerja secara bebas, mengikuti cara mereka sendiri berbanding melihat penyelesaian yang telah sedia ada dan sering mengambil risiko dan memecah tradisi yang menghalang / melembabkan kemajuan.
Elemen - Api
Unsur - Oksigen
Sifat - Sabar
Golongan - Tariqat
MENTAL - HIJAU
Mental/Minda (Warna Diri - Hijau)
Anda seorang yang kuat berfikir dan mempunyai daya ingatan yang tinggi.  Anda bijak dalam membuat analisa dan merangka objektif sesuatu gerak kerja.  Selain dari itu, anda bijak dalam membuat perkiraan dan untung-rugi dalam jangka masa yang dekat.  Dari segi pergaulan anda mudah bergaul dengan sesiapa sahaja kerana anda seorang yang peramah tetapi berhati-hati dengan tutur kata.
Golongan mental yang dikuasai oleh elemen air ini amat peka atau sensitif terhadap sesuatu getaran luaran.  Begitulah proses pembelajarannya juga begitu cepat tetapi perlu berhati-hati dengan telatahnya yang melulu.
Gaya Berfikir
Individu yang bertahap mental dikategorikan sebagai individu yang berfikiran logik, analitik, rasional, objektif dan kritikal.  Mereka ini amat berbakat dalam bidang-bidang teknikal dan kuantitatif.  Mereka menggunakan keputusan yang praktikal dan mempunyai pandangan yang empirik dan jelas terhadap sesuatu masalah dan situasi.  Mereka sangat bagus dalam mengendalikan situasi-situasi yang konkrit dan ketepatan yang kuantitatif.
Elemen - Air
Unsur - Hidrogen
Sifat - Ihklas
Golongan : Hakikat
FIZIKAL - BIRU
Fizikal (Warna Diri - Biru)
Anda seorang intelektual dan berjaya dalam akademik.  Anda juga seorang yang agresif dan mempunyai pandangan jauh dan berwawasan.  Keterampilan anda penuh gaya dan kemas serta mempunyai cita-cita tinggi dalam kerjaya dan hidup.  Anda layak menjadi ketua kerana ketegasan serta sifat penguasaan anda.  Selain dari itu anda mempunyai kebolehan fizikal yang mengagumkan terutama bersukan serta kerja berat.  Anda seorang yang kuat bekerja.
Gaya Berfikir
Individu bertahap fizikal bersifat praktikal, pragmatik, membuat keputusan, realistik, tersusun dan berasaskan terperinci.  Mereka mencari penyelesaian yang memenuhi keperluan terkini, bijak dalam mengatur taktik dan suka mencari jalan singkat untuk berjaya.  Mereka sangat bagus dalam menyusun agenda dan suka membangunkan jadual-jadual dan plan-plan tindakan.  Mereka biasanya menerima nilai-nilai konvensional dan menyediakan kestabilan dan struktur di dalam organisasi mereka.
Elemen - Tanah
Unsur - Karbon
Sifat - Hening
Golongan - Makrifat
Adalah lebih baik serta amat menguntungkan sekirannya untuk mengenal diri anda kenalilah sifat 20 (sifat-sifat kejadian Maha Pencipta) maka semakin kenal lah kita kepada sifat penciptaan sebenar dan Maha Pencipta yang abadi. 
Top of Form

Bottom of Form

Dicatat oleh andai itu takdirnya di 09:50 0 ulasan
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ►  2015 (14)
    • ►  April (14)
  • ►  2012 (15)
    • ►  December (2)
    • ►  October (5)
    • ►  May (8)
  • ▼  2011 (29)
    • ►  December (2)
    • ►  November (1)
    • ►  September (4)
    • ▼  August (9)
      • jangan sesekali kamu?????
      • sebagai renungan kita bersama.....
      • Demi Permata Ayahanda & bonda...Sebelum ianya terl...
      • fikir2 kan lah...
      • SAHABAT....
      • MENGENALI UNSUR / WARNA / PERWATAKAN DIRI
      • sebagai renungan kita bersama...
      • PESANAN UNTUK DIRI ( HATI )
      • Dugaan tuhan..
    • ►  July (3)
    • ►  June (5)
    • ►  April (5)

About Me

My photo
andai itu takdirnya
Nama diberi oleh ibu dan ayah SAADIAH BT SHUID, ank ke 9 drpd 16 org adik beradik,kini sedang mencari ilmu untuk bekalan dunia dan akhirat,
View my complete profile
Powered by Blogger.

masa itu emas


I made this widget at MyFlashFetish.com.


halwa telinga

Opick - Tiada duka yang abadi

kecoh! kecoh!