Blogger Backgrounds

My Blog List

Pages

Popular Posts

Followers

Search This Blog

get this

Sunday 14 August 2011

MENGENALI UNSUR / WARNA / PERWATAKAN DIRI


Setiap orang perlu tahu apakah warna diri / unsur peribadi / personaliti mereka kerana ia dapat membantu mereka menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan tenang menerusi tenaga yang diperoleh daripada warna diri masing-masing.
Mengenali warna diri, sebenarnya anda juga mula mengenali personaliti diri anda yang sebenar. Adakah anda dinaungi oleh perisai atau benteng berwarna Putih, Merah Jambu, Hijau atau Biru?
Ragam, tingkahlaku, perangai, cara berfikir, perasaan, semangat, perlakuan dan tindak-tanduk anda berkait rapat dengan inspirasi warna. Umpamanya ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang warna kelemahan yang sedang dilaluinya.
Pemakaian warna-warna kelemahan ini akan menambah pendamkan getaran warna yang tidak elok kepada dalaman samada berlebihan atau berkurangan yang menjadikan simptom atau gangguan itu menjadi lebih tinggi atau rendah mengikut kadar kelemahan diri. Sebagai contoh jika anda berwarna hijau dan memakai pakaian berwarna kuning pada hari Khamis, maka sesuatu yang anda lakukan pada hari berkenaan, banyak yang tidak menjadi atau terhalang tetapi jika anda memakai pakaian berwarna hijau pada hari jumaat, keadaan menjadi sebaliknya.
Terdapat 4 aras diri hakiki pada manusia yang dipanggil Spiritual, Mental, Emosional dan Fizikal. Setiap orang hanya memiliki satu aras diri yang hakiki dari lahir hingga mati. Aras diri hakiki secara umumnya menggambarkan keadaan kekuatan dan kelemahan diri pemiliknya.
Dengan mengetahui rahsia aras diri kita boleh mengenal pasti kekuatan, kelebihan diri serta kelemahan yang di alami atau yang akan dilalui pada masa hadapan. Selain dari itu ia dapat membantu untuk mengekploitasi kelebihan pada diri kita dan mengelakkan penyakit yang mungkin kita alami. 
Apakah warna peribadi anda ? Putih, Merah Jambu, Hijau atau Biru?
Apakah warna kekuatan/kelemahan anda?
SPRITUAL - PUTIH
Spiritual (Warna Diri - Putih)
Anda merupakan seorang yang amat peka dengan suasana dan bijak membaca situasi sehingga anda mampu menjadi seorang perancang dalam pelbagai bidang.  Mempunyai keyakinan yang tinggi dan berpotensi menaikkan semangat orang lain.  Layak menjadi ketua kerana mempunyai karisma sebagai seorang pemimpin.  Cekal serta tabah dalam mengharungi perjuangan hidup.  Amat berminat dalam seni muzik.  Anda sentiasa ingin mendahului orang lain.  Boleh memegang amanah.
Gaya Berfikir
Individu bertahap spiritual bersifat mengambil bahagian dalam mana-mana aktiviti, pemberi galakan, berkebolehan dalam memahami dan berkongsi perasaan dengan orang lain (empati), interpersonal, idealistik dan beremosi.  Ia mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi dan cenderung ke arah kesenian dan kerohanian.  Ia sangat bagus dalam membangunkan sesuatu yang ideal dan merealisasikan imej-imej yang bersepadu.  Mereka juga cenderung ke arah memotivasi rakan-rakan.  Mereka suka melawan pandangan-pandangan yang konvensional dan tradisional dan lebih berminat berfikir secara spekulatif.
Elemen - Angin
Unsur - Nitrogen
Sifat - Hening
Golongan - Syariat
EMOSI - MERAH JAMBU
Emosi (Warna Diri - Merah Jambu)
Anda merupakan seorang yang periang dan mempunyai pemikiran yang terbuka.  Anda memahami perasaan orang lain dan begitu rasional dalam membuat sebarang keputusan yang lebih menguntungkan dan bertahan dalam jangka masa panjang.  Anda juga seorang yang matang dalam kehidupan dan mempunyai sifat pemurah.  Anda tersendiri dan meminati bidang kreatif.  Anda mempunyai kuasa membuat berbagai jenis perubahan demi perubahan yang drastik dan berterusan.
Gaya Berfikir
Individu-individu bertahap emosional bersifat imaginatif, inovatif, intuitif, artistik dan berfikir berasaskan visual.  Mereka sangat bagus dalam kebolehan-kebolehan sintesis dan konseptual.  Mereka juga mempunyai pandangan yang bersepadu dan lebih komprehensif di dalam apa-apa keadaan / situasi dan masalah.  Mereka berkebolehan dalam membuat pertimbangan, mempunyai pandangan luas dan berfikir secara strategik.  Mereka bagus dalam mengumpul, menggabung, membanding dan menyusun semula idea-idea yang membolehkan mereka melahirkan konsep-konsep yang unik dan dinamik.  Mereka lebih suka bekerja secara bebas, mengikuti cara mereka sendiri berbanding melihat penyelesaian yang telah sedia ada dan sering mengambil risiko dan memecah tradisi yang menghalang / melembabkan kemajuan.
Elemen - Api
Unsur - Oksigen
Sifat - Sabar
Golongan - Tariqat
MENTAL - HIJAU
Mental/Minda (Warna Diri - Hijau)
Anda seorang yang kuat berfikir dan mempunyai daya ingatan yang tinggi.  Anda bijak dalam membuat analisa dan merangka objektif sesuatu gerak kerja.  Selain dari itu, anda bijak dalam membuat perkiraan dan untung-rugi dalam jangka masa yang dekat.  Dari segi pergaulan anda mudah bergaul dengan sesiapa sahaja kerana anda seorang yang peramah tetapi berhati-hati dengan tutur kata.
Golongan mental yang dikuasai oleh elemen air ini amat peka atau sensitif terhadap sesuatu getaran luaran.  Begitulah proses pembelajarannya juga begitu cepat tetapi perlu berhati-hati dengan telatahnya yang melulu.
Gaya Berfikir
Individu yang bertahap mental dikategorikan sebagai individu yang berfikiran logik, analitik, rasional, objektif dan kritikal.  Mereka ini amat berbakat dalam bidang-bidang teknikal dan kuantitatif.  Mereka menggunakan keputusan yang praktikal dan mempunyai pandangan yang empirik dan jelas terhadap sesuatu masalah dan situasi.  Mereka sangat bagus dalam mengendalikan situasi-situasi yang konkrit dan ketepatan yang kuantitatif.
Elemen - Air
Unsur - Hidrogen
Sifat - Ihklas
Golongan : Hakikat
FIZIKAL - BIRU
Fizikal (Warna Diri - Biru)
Anda seorang intelektual dan berjaya dalam akademik.  Anda juga seorang yang agresif dan mempunyai pandangan jauh dan berwawasan.  Keterampilan anda penuh gaya dan kemas serta mempunyai cita-cita tinggi dalam kerjaya dan hidup.  Anda layak menjadi ketua kerana ketegasan serta sifat penguasaan anda.  Selain dari itu anda mempunyai kebolehan fizikal yang mengagumkan terutama bersukan serta kerja berat.  Anda seorang yang kuat bekerja.
Gaya Berfikir
Individu bertahap fizikal bersifat praktikal, pragmatik, membuat keputusan, realistik, tersusun dan berasaskan terperinci.  Mereka mencari penyelesaian yang memenuhi keperluan terkini, bijak dalam mengatur taktik dan suka mencari jalan singkat untuk berjaya.  Mereka sangat bagus dalam menyusun agenda dan suka membangunkan jadual-jadual dan plan-plan tindakan.  Mereka biasanya menerima nilai-nilai konvensional dan menyediakan kestabilan dan struktur di dalam organisasi mereka.
Elemen - Tanah
Unsur - Karbon
Sifat - Hening
Golongan - Makrifat
Adalah lebih baik serta amat menguntungkan sekirannya untuk mengenal diri anda kenalilah sifat 20 (sifat-sifat kejadian Maha Pencipta) maka semakin kenal lah kita kepada sifat penciptaan sebenar dan Maha Pencipta yang abadi. 
Top of Form

Bottom of Form

No comments:

Post a Comment