Blogger Backgrounds

My Blog List

Pages

Popular Posts

Followers

Search This Blog

get this

Tuesday 28 June 2011

bersahabat kerana allah.




NASIHAT yang boleh diikuti dalam
membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat
Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka
melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam
kekurangan nafkah, dia suka mencukupi
keperluan.



Kedua, pilihlah seorang sahabat yang
apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau
bantuanmu, dia suka menerima dengan
rasa terharu, jikalau ia melihat
kebaikan yang ada pada dirimu, dia
suka menghitung-hitungka n
(menyebutnya) .

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang
apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau
bantuanmu, ia suka menerima dengan
rasa terharu dan dianggap sangat
berguna, dan jika ia mengetahui
mengenai keburukan dirimu ia suka
menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau
engkau meminta sesuatu daripadanya,
pasti ia memberi, jikalau engkau diam,
dia mula menyapamu dulu dan jika ada
sesuatu kesukaran dan kesedihan yang
menimpa dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau
berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja.
Jikalau engkau mengemukakan sesuatu
persoalan yang berat dia suka
mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka
mengalah untuk kepentinganmu.


Dalam memilih sahabat kita hendaklah
memilih sahabat yang baik agar segala
matlamat dan hasrat untuk
memperjuangkan Islam dapat
dilaksanakan bersama-sama sahabat yang
mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4
perkara : "Wajahmu dengan linangan air
mata keinsafan, Lidahmu basah dengan
berzikir kepada Penciptamu, Hatimu
takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di
sulami dengan taubat kepada Dzat yang
Memiliki mu."

10.08 pm(rindu kat semua.)

No comments:

Post a Comment