Blogger Backgrounds

My Blog List

Pages

Popular Posts

Followers

Search This Blog

get this

Saturday 3 September 2011

Jika tiba – tiba kita pergi…



Saat dan tika itu, tidurku di ambang lena
(digerak – gerak masih lagi mampu terjaga).
Sayup – sayup kedengaran lagu grup Pearl Jam “Last Kiss”,
Mimpikah berjumpa dengan grup Pearl Jam?
Tersentak, tatkala pusat pemprosesan menganalisis,
Itu nada dering telefon tangan.

Tiada sempat menjawab mahupun mengambil telefon tadi, kedengaran nada dering pesanan ringkas masuk. Mengutis hati kecil untuk terus ke wad kecemasan HUSM.

Perkhabaran awal pagi dinihari,
(Waktu ayam – ayam belaan entah siapa tuan empunya rasminya mulai celik berkokok)
Masuk terus ke pusat pemprosesan,
Tanpa melalui proses scanning yang agak melembabkan tindakan,

Ya, betul! Dia telah pergi meninggalkan kita,
Percaya atau tidak, boleh terima atau tidak,
Masanya telah tiba, kita akan menyusul nanti,
Pergi selama – lamanya dan tak akan kembali lagi.
Kerana sesungguhnya mati itu pasti bagi setiap makhluk yang bernyawa

Di rumah itu, nun di sudut santapan sireh tuannya
Terbujur kaku sejuk jasadnya (senyum umpama diibaratkan tidur yang lena)
Tinggallah duhai sang isteri dan anak – anak juga kaum kerabat
Meneruskan kelangsungan hidup di dunia
Yang cuba membenamkan kebenaran
Yang sememangnya ingin dibenam dan diinjak – injak.

Dan,
 jika tiba – tiba kita pergi...
Cuba difikir – fikirkan dan diamat – amatkan

Cukup amalan kepada Allah Tuhan Sekalian Alam?
Soleh dan solehah anak – anak yang ditinggalkan?
Berapa ramai akan menziarahi jasad yang terbujur kaku?
Berapa ramai akan menyembahyangkan untuk kali terakhir?
Siapa sanggup turun menyambut jasad di liang lahad?
Berapa ramai sanggup mengusung/mengiringi jasad ke kubur?

“SesungguhNya dari Allah kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali”


No comments:

Post a Comment